Hortikultur
Lanskap taman adalah salah
satu cabang dalam hortikultur.
Hortikultur ialah sains dan seni
penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, bunga hiasan dan landskap.Dalam erti kata
lain, hortikultur ialah salah satu cabang pertanian dengan tumpuan lebih kepada
tumbuhan yang diusahakan oleh manusia sebagai makanan, tujuan perubatan, dan
untuk kepuasan estetik. Terdapat dua kunci utama definasi ini yang membezakan
antara tanaman hortikultur daripada tanaman lain "tumpuan lebih
kepada" dan "diusahakan oleh manusia untuk”. Dengan itu, tanaman
hortikultur adalah berbeza daripada tanaman lain dengan aras pengurusan pekerja
dalam pengeluaran mereka dan kegunaan selepasnya. Tumbuhan hortikultur
selalunya dibahagikan kepada yang boleh dimakan, iaitu yang digunakan dalam
masakan atau tujuan perubatan, dan yang digunakan untuk hiasan atau tujuan
estetik.
Etimologi
Perkataan hortikultur dimodelkan
selepas pertanian, dan datang dari perkataan Latin hortus, iaitu kebun dan
cultūra, iaitu penanaman, dari cultus, partisipel pasif lengkap untuk kata
kerja colō, iaitu "Saya tanam".Hortus ialah kata seasal dengan
perkataan bahasa Inggeris yard (laman) (dengan maksud kawasan berkaitan dengan
bangunan) dan kata pinjaman garden (taman/kebun).
BIDANG KAJIAN
Hortikultur
boleh dibahagikan kepada beberapa bidang pengkhususan. Istilah digunakan untuk
menerangkan pengkhususan ini terbit dari dahulu lagi berdasarkan penggunaan
umum dan kadang-kala janggal dengan tatanama botani. Contohnya, sayuran
dikelaskan sebagai tumbuhan herba dengan bahagian daripadanya dimakan mentah
atau masak ketika hidangan. Buahan, untuk tujuan hortikultur, diterangkan
sebagai tumbuhan yang lebih kurang seperti buahan sukulen atau ada kaitan
dengan struktur botani selalunya dimakan sebagai pencuci mulut. Dengan definasi
ini, tumbuhan seperti tomato, timun, dan labu dianggap sebagai sayur walaupun
secara struktur botani ia dikelaskan sebagai buah.
Sejak
60 tahun kebelakangan ini, pertanian, termasuklah hortikultur, banyak
bergantung kepada sains dan teknologi untuk mengekalkan keuntungan pengeluaran.
Bidang kajian saintifik hortikultur terbahagi kepada pelbagai sub-disiplin.



Hortikultur
persekitaran ialah cabang hortikultur berkaitan dengan penghasilan
tumbuhan hiasan digunakan untuk persekitaran, sama ada dalam bangunan (indoor)
atau luar bangunan (outdoor). Terdapat banyak ceraian untuk hortikultur
persekitaran. Produksi nurseri melibatkan penanaman tumbuhan dengan pengurusan
intensif untuk kegunaan di kawasan lain.

Hortikultur
terapi melibatkan penggunaan tumbuhan hortikultur bagi meningkatkan
keadaan kesihatan manusia sama ada fizikal, intelektual mahupun emosi. Ia juga
melibatkan penggunaan tumbuhan di hospital dan tempat-tempat perubatan bagi
mengurangkan kesakitan pesakit.

Tanaman hortikultur
Ia diterima
umum oleh para penyelidik dan pendidik dalam bidang sains hortikultur bahawa
tanaman hortikultur termasuklah:






Kadang-kala
tumbuhan hortikultur digunakan oleh haiwan untuk mengeluarkan tanaman tersebut.
Madu ialah contoh terbaik dan selalu dianggap sebagai produk hortikultur.
Sutera mentah yang dihasilkan oleh ulat sutera yang memakan daun pokok mulberi
(juga menghasilkan buah boleh dimakan), walaubagaimanapun sutera bukanlah satu
tanaman hortikultur. Di Kanada madu dan sirap mapel keduanya dikelaskan sebagai
tanaman hortikultur. Penanaman atau pengumpulan cendawan (kulat boleh dimakan)
adalah antara yang selalu dikelaskan sebagai tanaman hortikultur.
Produk hortikultur
Produk
hortikultur termasuklah segala produk, mentah atau telah diproses, yang
terhasil dari industri hortikultur. Produk dari industri hortikultur yang pergi
ke pasaran secara mentah (segar) sememangnya adalah produk hortikultur. Apabila
ia telah jus, potong atau puri, tapai, sejukbeku, tin, kering, tersinar atau
digunakan dalam ubahan hiasan (seperti dalam pengubahan bungaan), ia kekal
sebagai produk hortikultur. Walaupun begitu, apabila satu produk hortikultur
menjadi bahan utama dalam pengeluaran barangan lain, kategori tersebut menjadi
semakin rumit. Maka, apabila epal menjadi pai epal atau yogurt dikaitkan dengan
buah, produk itu boleh dianggap satu produk hortikultur dan hasil bakeri atau
tenusu.
CONTOH LANDSKAP